Monday 15 October 2018

Pulau Pangkor 2


Harini aku nak sambung pasal Pulau Pangkor yang kedua sebab semalam ada sedikit "gangguan".

Hari Kedua

Hari kedua ni okay la sebab kami dapat breakfast. Pakej penginapan sini dapat sekali makanan pagi. Lepas solat siap-siap dan kami pun bersiap dah dalam pukul 8 lebih, kami call abang yang bagi pakej untuk snorkelling tu. Jadi, kami mintak kat dia RM50 ja untuk 3 orang snorkelling. Dia pun macam okay je. Pastu terus otw nakpi makan.Apa yang dia bagi untuk sarapan macam roti, telur, sosej, jem dan air macam kopi dan teh. Kat sini dia bagi barang makanan tapi boleh masak ikut selera sendiri. Ada la mat salleh ni dengan family dia makan roti dan telur hancur. Semua kelengkapan memang cukup. 

Kami just masak telur jadi macam telur dadar tu pun Nisa yang masakkan, sebab aku buat roti bakar + jem. So lepas dah makan dan siap membasuh mengemas bagai, kami pun keluar la nakpi Snorkelling. Ada jugak sembang dengan orang tempat kami menginap tu pasal aktiviti kat situ dan pakej-pakej semua tu. Kami ni dikira bernasib baik la macam tak ambik pakej yang menjerut leher.

Jalan dalam 200 meter camtu, sampai la kat pantai. Takdela jauh mana pun tempat kami menginap ni. Better jalan boleh kurangkan berat dan sihatkan badan sikit kan. Dah jumpa dengan abang yang akan bawak pi tempat snorkelling camtu, dia suruh beli air beda minum masa kat sana. Selalunya time snorkelling memang cepat haus dia kata. Dia pun beli roti kata dia nak bagi ikan makan.

Lepas dah siap pakai life jacket semua, kami pun bertolak la ke pulau-pulau yang dimaksudkan. Ada yang kami singgah sebab boleh berenang. Ada yang kami just tengok ja antaranya pulau yang macam bentuk ikan paus, bentuk penyu, macam-macam lagi la bentuk tak ingat dah hahaha. Aku bab berenang memang fail tapi sebab ada life jacket jala boleh berangan macam reti berenang.

Lama gak la pi sana. Tapi yang bestnya, boleh nampak apa yang ada bawah dasar laut tu. Start dari situ aku rasa aku ni ada satu fobia yang mana aku sendiri pun tak faham dengan diri aku. Bila aku berenang dan tengok dalam laut, aku nampak lintah laut terus aku geli dan rasa nak naik darat. Perasaan tu aku dah lawan, tapi memang tak boleh. Aku nampak ikan lalu sebelah terus ingat macam cerita Piranha. See, betapa masalahnya fobia ni. Bila naik ke darat, nampak tali apa tah hanyut aku ingat ular laut. Ya Allah, tergelak-gelak kawan aku tengok aku. Lepas tu memang takmau berenang dah la jawabnya.

Sampai pukul 1 rasanya, aku dah mula rasa malas dah dan rasa nak balik. Mungkin sebab dah mula lapar. So, kami pun balik. Terus masuk bilik dan mandi-mandi. Solat sekali dan terus siap untuk pi cari makan. Petang tu tak banyak aktiviti kami buat. Kiranya kami makan & banyak kami ambik gambar, sembang pasai kenangan dan rehatkan minda saja. Lepas tu terus balik.

Sampai je tempat menginap, kami terus gi minum dan masuk bilik. Mandi dan terus rehat. Haritu letih gakla sebab dah sehari kan berjalan. Masing-masing dalam pukul 10 ke atas dah terlelap. Aku je tak mampu tutup mata lagi. Scroll twitter jela sementara tunggu tidoq.

No comments: