Wednesday 17 October 2018

Bajet

Bajet ke Pulau Pangkor 

Ktm Alor Setar ke Taiping = RM32 ( aku cukupkan terus sebab aku book online ada sen)
Bas dari Taiping ke Lumut = RM10
Feri dari Lumut ke Pulau 2 hala = RM14 @ RM10 untuk 1 hala
Van pink = RM16
Snorkelling = RM20 *try mintak RM15 sorang* 
(kami 3 orang mintak 3 orang RM50)
Makan = Bajet dalam sekali makan RM10 ( makan aku bawak dari rumah banyak )
Hotel = Bajet sendiri
Bajet aku RM200 lebih ja termasuk beli barang semua. 

Hotel hampa boleh tempah awai dan kurangkan bajet belanja okay!
Makan tu kalau macam roti ka apa ka bawak ja dari rumah save sikit.

Ada apa-apa nak tanya, tanya ja okay ? Bye !

Tuesday 16 October 2018

Pulau Pangkor 3

Hari Ketiga

Hari ketiga ni kami dah nak balik sebenarnya tapi harini kami ambik masa untuk jalan-jalan beli barang sikit. Harini makan lain sikit. Aku try set nasi dengan kuah kari. Set ni nama dia Nasi Ayam Kukus tak salah aku. Dalam set tu dia bagi nasi putih, kuah kari, ayam seketoi, cabai belacan dengan timun dua tiga hiris. Selera gak la makan dan harga set ni RM8 untuk nasi saja. Ayaq aku ambik ayaq Barli ais. Suka sangat ayaq ni., kat mana pun aku cari ayaq ni.

Lepas makan, kami pun balik sat bilik untuk kemas barang dan checkout. Barang-barang boleh simpan kat sana dulu sebab kami nak jalan sikit lagi. Cari barang untuk bawak balik pastu singgah minum sat beda lepas rehat. Dalam 1 lebih camtu kami balik. Terus call van pink dan terus balik tinggalkan pulau ni. Alahai sat sangat rasanya 3 hari 2 malam kat sini.

Sampai jeti terus masuk feri dan siap balik ke Lumut. Sampai kat Lumut, aku terus cari baju kat adik-adik aku. Kedai kat sana dah banyak tutup taktau sebab apa. So, jumpa baju kat sini dengan harga RM15 untuk 2 helai. Lagi jimat sebenarnya harga kat Lumut ni. Tapi ada yang murah kat sana dan ada yang murah jugak kat sini. Cumanya harga makanan kat sana memang mahai sikit.

Bila balik, semua dah kena berpisah. Aina naik bas ke Kuala Lumpur sebab dia kerja. So, memang terus balik sana. Aku pulak kalau bas balik ke Alor Setar pukul 6 lebih camtu. Nisa balik ke Taiping bas dalam pukul 5 lebih. Aku pun risau gak balik jauh dengan lambatnya lagi. Aku decide naik bas ke Penang dulu then ambik bas ke Alor Setar. Alhamdullillah, aku pun ingat lagi sapa yang ajar aku naik bas ni. Ada jugak kebaikan yang dia bagi kat aku walaupun dia dah dengan orang lain. Dalam bas memang aku hentam je duduk mana tahu kena ikut seat gak sebab tak ramai pun masa tu dari Lumut. 4 orang je yang lain semua lelaki, aku je perempuan. Dalam hati berdoa je bebanyak. Nasib gakla aku naik bas pukul 4 lebih. Kiranya awal lagi la. Dalam bas dah rimas dengan mekap, aku buang je mekap dalam bas tak tengok orang kiri kanan dah mampus la buruk ke apa. Yang penting kulit aku selesa. Hahaha.

Lepas turun dari Butterworth, terus pi beli tiket kat kaunter dan naik bas. Paling tak best makcik ni kerek wehh bila aku tengok dia dok tempat aku dia suruh je aku pi tempat lain. Cakap elok-elok boleh je. Sabar jela nasib makcik. Sampai je Alor Setar, mak pun sampai dalam 5 minit lepas turun bas. Takut gakla keadaan stesen bas kat Alor Setar ni memalam. Terus balik rumah rehat.

Next post, aku bagi anggaran ke Pulau Pangkor ya. See next!

Monday 15 October 2018

Pulau Pangkor 2


Harini aku nak sambung pasal Pulau Pangkor yang kedua sebab semalam ada sedikit "gangguan".

Hari Kedua

Hari kedua ni okay la sebab kami dapat breakfast. Pakej penginapan sini dapat sekali makanan pagi. Lepas solat siap-siap dan kami pun bersiap dah dalam pukul 8 lebih, kami call abang yang bagi pakej untuk snorkelling tu. Jadi, kami mintak kat dia RM50 ja untuk 3 orang snorkelling. Dia pun macam okay je. Pastu terus otw nakpi makan.Apa yang dia bagi untuk sarapan macam roti, telur, sosej, jem dan air macam kopi dan teh. Kat sini dia bagi barang makanan tapi boleh masak ikut selera sendiri. Ada la mat salleh ni dengan family dia makan roti dan telur hancur. Semua kelengkapan memang cukup. 

Kami just masak telur jadi macam telur dadar tu pun Nisa yang masakkan, sebab aku buat roti bakar + jem. So lepas dah makan dan siap membasuh mengemas bagai, kami pun keluar la nakpi Snorkelling. Ada jugak sembang dengan orang tempat kami menginap tu pasal aktiviti kat situ dan pakej-pakej semua tu. Kami ni dikira bernasib baik la macam tak ambik pakej yang menjerut leher.

Jalan dalam 200 meter camtu, sampai la kat pantai. Takdela jauh mana pun tempat kami menginap ni. Better jalan boleh kurangkan berat dan sihatkan badan sikit kan. Dah jumpa dengan abang yang akan bawak pi tempat snorkelling camtu, dia suruh beli air beda minum masa kat sana. Selalunya time snorkelling memang cepat haus dia kata. Dia pun beli roti kata dia nak bagi ikan makan.

Lepas dah siap pakai life jacket semua, kami pun bertolak la ke pulau-pulau yang dimaksudkan. Ada yang kami singgah sebab boleh berenang. Ada yang kami just tengok ja antaranya pulau yang macam bentuk ikan paus, bentuk penyu, macam-macam lagi la bentuk tak ingat dah hahaha. Aku bab berenang memang fail tapi sebab ada life jacket jala boleh berangan macam reti berenang.

Lama gak la pi sana. Tapi yang bestnya, boleh nampak apa yang ada bawah dasar laut tu. Start dari situ aku rasa aku ni ada satu fobia yang mana aku sendiri pun tak faham dengan diri aku. Bila aku berenang dan tengok dalam laut, aku nampak lintah laut terus aku geli dan rasa nak naik darat. Perasaan tu aku dah lawan, tapi memang tak boleh. Aku nampak ikan lalu sebelah terus ingat macam cerita Piranha. See, betapa masalahnya fobia ni. Bila naik ke darat, nampak tali apa tah hanyut aku ingat ular laut. Ya Allah, tergelak-gelak kawan aku tengok aku. Lepas tu memang takmau berenang dah la jawabnya.

Sampai pukul 1 rasanya, aku dah mula rasa malas dah dan rasa nak balik. Mungkin sebab dah mula lapar. So, kami pun balik. Terus masuk bilik dan mandi-mandi. Solat sekali dan terus siap untuk pi cari makan. Petang tu tak banyak aktiviti kami buat. Kiranya kami makan & banyak kami ambik gambar, sembang pasai kenangan dan rehatkan minda saja. Lepas tu terus balik.

Sampai je tempat menginap, kami terus gi minum dan masuk bilik. Mandi dan terus rehat. Haritu letih gakla sebab dah sehari kan berjalan. Masing-masing dalam pukul 10 ke atas dah terlelap. Aku je tak mampu tutup mata lagi. Scroll twitter jela sementara tunggu tidoq.

Saturday 13 October 2018

Pulau Pangkor 1

Ada yang minat nak pergi Pulau Pangkor? Mesti ada kan..

Actually pergi Pulau Pangkor ni takdela mahal sangat pun tambah lagi kalau hampa memang dah asal orang Perak lagi lagi jimat tau. Anyway bulan Ogos haritu aku ada pergi sana vacation dengan kawan-kawan. 

Boleh la kalau setakat nak senaraikan harga mana tau hampa boleh plan bajet untuk pi sana kan. Ok , kalau macam aku yang dari Alor Setar ni aku pi naik KTM. So , harga KTM ni dalam RM31++ camtu ja sebab tak ingat la berapa sen belakang tu hahaha. Anyway, aku drop by Taiping sebab nakpi sekali kawan-kawan. 



Hari Pertama

KTM RM32 (aku cukupkan ja) yang ni aku book online tau. harga on the spot taktau. First time naik sorang rasa takut tu banyak gila wehh. Bukan apa takut salah turun ka. Salah naik ka apa tak naya aku. Dekat nak sampai masa nak keluar dari koc tu nampak mamat hensem alahai hmm gatai-gatai. Dah dia tengok aku, aku tengok jala balik. Ingat gakla, mamat ni muka dia macam campur sikit pastu pakai baju putih ja semua. Hantu ka ? hahaha, dakla. Dia orang la. Hantu mana main telefon. 

Sementara tunggu nisa, aku beli air susu kotak beda tahan perut. So , sampai sana ja tokwan aku punya kawan mai pickup bawak pi stesen bas Taiping. Bas nakpi tu dalam pukui 12 tengahari so dan la nak makan apa tapi aku tak rasa lapaq weh. Ada pulak makcik yang meniaga tu mai tegoq muka dia sama macam artis tula. Aku pun dah naik pelik muka sapa pulak dah. Aku , Aina dengan Nisa dah tersengih. Dia kata yang jadi hero filem Pulang tu. Oh , Puteri Aishah ka. Sama kat celah mana? Hahaha, maybe bentuk muka aku sama kot. Lepas tu nak dekat pukui 12 dah. Kami pi tunggu nak naik bas.Bas tu harga dia dalam RM10 ja untuk pi Lumut. Naik bas ni rasa lama macam nakpi KL ja sebab dok berhenti ambik orang sana sini. Berhenti check tayar la. Haih la, awai tu tak check. 

Sampai Lumut, kami ambik tiket pi balik RM14 sorang. Kalau pi saja tak salah aku RM10 so dh jimat banyak bila ambik tiket pi balik. Dalam RM6 jugak jimat. Tapi naik feri ni ada masa jalan. Aku tak ingat pulak naik pukui berapa tapi dalam pukul 2 lebih camtu sebab kami pun sampai dalam pukui 2 so boleh lepak Lumut dulu makan-makan minum apa semua. Haa, lagi satu, kami tak ambik pakej sana tau sebab kami dok pun dalam 3 hari so macam tak baloi sangat nak ambik pakej tu plus kami pun dalam 3 orang ja. Ada kakak kat situ suggest kat kami pakej dia bagi moto scooter dua. Sorang RM90-RM100 lebih camtu. Dia kira sekali dengan aktiviti macam Snorkelling pastu pi pulau-pulau. Kami tak ambik sebab kami pun macam pikiaq balik la dia cakap ada masa kiranya fixed. Kami tak suka bila masa fixed sangat ni rasa macam kena atoq. 

Bila kat pulau sana, kami pi check in dulu la dah letih sangat wehh naik bas terhentak terhuyung hayang macam nak terbang masa nak mai + feri pun pening gak. Masa nakpi sana kami ambik van pink yang ala girls-girls gitu hahaha dak aih memang van sana semua kaler tu la. Tambang naik van ni RM16 ja. Naik ramai taktau la harga berapa. Van ni pun pakcik India ni bawak sampai aku terjerit weh. Tergelak-gelak ja semua. Check in kat satu tempat yang rumah tiga segi tu. Yang ni kawan aku yang book sebab tempat ni famous ada pun dalam 8 bilik ja aku rasa. Kami book 2 bulan sebelum. Aku boleh cakap tak best sebab peraturan dia ketat sangat. Bosan kot mai nak enjoy apa tapi peraturan macam dok asrama ingat budak sekolah ka apa. Sampai kat tempat dia , dia panggil nak bagitau la kononnya tapi benda tu macam satu arahan hang tau dak. Dia panggil dok macam nak mesyuarat tu habaq tu habaq ni. Hmmm, meluat weh. Mandi kolam pukui sekian, masak sampai pukui sekian, breakfast sekian tu aku boleh terima la kan. Banyak lagi la. Kami pun langgar ja mandi sampai pukui berapa sekali mat salleh join mandi sekali hmmm vongok laa. Hahaha

Lepas kami dah check in tu dan la rehat apa mandi apa kami keluar balik. Kami pi isi perut dulu sebab lapaq gakla. Kat sini jangan cari kedai makan murah memang standard ja harga dia. Sepinggan nasik goreng paling murah dalam RM6 campur pi mai sekali ayaq minum dalam RM10 sekali makan yaa. Aku yang dari pagi tak masuk satu makanan apa pun telan jala. Dan telan susu kotak ja masa otw mai. Pastu pi tengok pantai. Wah, excited serupa dok hutan lagi hahaha. Ada la nampak orang dok buat aktiviti mandi pantai apa. Bergambar la sat buat kenangan. Jalan-jalan ada sorang abang tu mai sapa tanya nakpi snorkelling ka esok, kami kata nak la. Dia bagi harga RM20 sorang. Kami kata nak pikiaq dulu dan la ambik no beda nakpi call ja dia. Murah jugak dia bagi tau. 

Sebelum maghrib, kami balik jala sebab malam macam takdak keja nak buat pulak dok pantai buat apa. Balik tu beli ayaq botoi besaq dalam RM3 kot tak ingat la. Ada la tengok paket minum macam nestum kat kedai tu dia juai RM3 sepeket bancuh ja. Aina nak beli biskut aku cakap takyah la aku bawak beda makan dah. Biskut pun mahai. Nasib la aku bawak biskut, nips apa. Boleh telan beda lapaq apa. 

Lepas maghrib, kami dan sewa baju beda nak mandi kolam. RM10 gakla untuk baju tu. Mandi sampai lewat gak pastu baru reti nak balik. Mat salleh pun join langgar peraturan hehehe. Dah balik mandi isyak apa, sembang-sembang pastu depa dua dah terlelap aku ja dok baca tweet tak boleh tidoq excited lebih haih. 



Wednesday 10 October 2018

Jerawat

Aku tau semua orang takkan pernah suka akan pemilik nama "jerawat" ni kan. Dalam keadaan macam ni kadang kita boleh over stress tau. So, apa yang penting masa ada jerawat ni just relax okay ? Sebab bila kita over stress , effect dia makin teruk la. Aku pun antara manusia yang dulunya sangat berjerawat teruk dan aku faham sangat apa yang orang rasa. Aku start jerawat teruk dari tingkatan 2, masa tu aku pun macam tak peduli sangat pasai muka ni. But, ada la beberapa mamat kelas lain macam pandang-pandang. So, aku dah start macam pelik la. Nak dijadikan cerita depa ni buat orang yang berjerawat ni seolah jijik tau tak. So, hal-hal macam ni lah yang kadangnya makin bagi orang tu stress. Stress dengan diri, keadaan sekeliling. Pernah tau tak satu hari tu, ada la sorang budak kelas aku gak, dia cakap jerawat kat muka ni macam karang apa tah yang melekat kat batu-batu tu. Weh, sedih weh orang hina camtu sebab dia buat muka sekali cam geli-geli camtu depan aku. Shit betoi. Nasib la aku ni jenis masuk keluar je orang kata apa.

Start tu, aku dah mula google tau tak ubat apa yang bagus untuk jerawat ni. Ni ubat jerawat yang pakai kat muka.


Dalacin T ni aku google search je tau dari blog-blog yang ada sebenarnya. Aku tak ingat nama pemilik blog tu tapi lelaki. Lepas je tau, terus suruh mak carikan yela kita masa tu kurang berduit heheh. So mak belikan sekali dengan pencuci muka sebab masa tu memang aku tak pakai pencuci muka pun hahaha. Jadi mak pun belikan dengan pencuci muka T3 yang bawah ni


Yang penutup pink ni untuk hilangkan jerawat + putihkan muka tau. Yang biru tu pulak untuk hilangkan jerawat saja. So tu saja beza dia.

Alhamdullillah, start guna tu its getting better la jerawat aku tu sebenarnya. Aku pun tak perasaan sampaikan ada kawan lelaki kelas aku jugak yang tegur muka aku dah lain sikit. Dia cakap macam dah kurang jerawat dan tanya aku pakai apa since muka dia macam mula breakout. Jenis aku masa tu pakai apa pun aku diam je sebab tak berani nak suggest apa-apa kat orang. 

Oh ya, sebelum aku terlupa. Sebelum aku jadi breakout camtu aku guna set oxy tau. Maybe, skin aku tak serasi dengan produk tu. Thats why jadi breakout. Skin aku jenis oily dan super sensitive. Bila guna oxy, bahan dia kuat sikit tau especially toner dia. Toner tu cepat keringkan kulit buat muka jadi gatal-gatal. Start tu aku stop lama gak la dari sebarang produk pun. 



Then muka aku okay je masa tingkatan 3, start tingkatan 4 aku cuba pakai Safi Balqis Biru sebab konon nak putihkan kulit yang sunburn. Sunburn pun sebab banyak aktiviti petang kat sekolah macam kawad , aktiviti sukan , bola jaring dan macam-macam. So kulit jadi cepat hitam macam pungkuq kuali. Tengok kawan-kawan muka cerah, so terjebak gak la try. 




Mula-mula pakai okay, muka nampak cerah dan kulit pun makin behave sikit tekstur dia. Aku pakai set dia ( skrub , toner , serum, krim siang dan malam )

 Masuk tingkatan 5, kulit dah mula hitam gila. Nasib la masa tu ex tak kata apa. Hehe.

Start minggu percubaan spm, muka dah mula teruk naik jerawat sebab tidoq tak tentu masa dah dengan terkejar aktiviti sekolah lagi + tuisyen sampai petang. Kiranya masa kat sekolah lagi banyak sampai ke malam la aku rasa. Malam nak kena hadap buku lagi. Alahai teruk gila jadi muka ni. Tapi buat tak peduli ja sampai la lepas spm. Actually, aku ada makan ubat resdong jenama orang kampung tak salah aku tapi jenis biji hitam macam taik kambing tu. Kawal gak la resdong. Sampaikan ubat tu habis, aku silap beli jenis sachet serbuk tu. makan tak sampai seminggu nah muka aku hancur weh. Pakej la pi jalan kena ayaq laut PD tu. Lepas pi PD , aku singgah kampung jenguk opah aku.


 kiri 


kanan


Masa ni nak sarapan, opah aku teguq muka aku. Menangis tak sempat makan nasik lemak Cik Sitam tau dak. Meraung aku. Mak aku panggil makan gak pujuk ajak buat treatment lepas tu. Makan la aku dengan hati bunga-bunga.

Opah ada suggest doktor kat area Selangor memandangkan kampung aku kat sana dan aku pun memang kat kampung masa tu. Opah cakap la makcik aku dulu jadi macam aku gak, lepas treatment muka makin membaik. So doktor tu kiranya the best la tapi jauh sikit area Kajang kot tak salah aku. tak ingat dah la. Opah cakap pergi check esok pagi sebab pagi-pagi orang tak ramai dan takyah beratur panjang. Mak fikir-fikir mak iyakan je.

Esok tu mak aku bagitau , cari doktor area Kedah je sebab bukannya nak duduk sana terus dan kalau nak treatment kan senang sikit. Takkan nak ambik ubat jauh sangat. Aku pun redha je.

Masa kat Kedah, mak la orang yang bawak aku ke hulu ke hilir cari klinik muka kat area Kedah ni ha. Sampai ke Jitra la kami cari. Tanya makcik-makcik semua. Lastly, tanya abang aku dan dia cakap area Alor Setar ada je. Dia suggest dua klinik. Dr. Venkat & Dr Wan Kamal. Banyak google komen cakap dua-dua ni bagus tapi yang murah sikit Dr Wan Kamal la. Pecut dari Jitra ke Dr Wan Kamal Alor Setar ha. Masa tu dah petang sangat. Nasib la Dr Wan Kamal ni bukak sampai malam. So balik jap apa semua lepas tu pi balik klinik. Check muka, dia cakap faktor hormon dan jerawat aku ni akan aktif sampai umur 25 tahun camtu. Cantiikk sangat. Lama gakla dalam 8 tahun lagi.

Masa ni dia bagi ubat sapu pagi, sapu malam dan ubat makan.




Macam ni la warna ubat makan tu. Ubat sapu malam tu macam calamine lotion sikit. 
Masa ni aku cuci muka guna air paip je. Takdak pakai pencuci muka apa-apa. 


Ditakdirkan masuk PLKN, menangis gakla muka tak boleh kena panas sebab pakai krim pagi tu. Agak pedih macam terbakar nasib la Jurulatih sana faham dan aku pun ada sertakan surat doktor pasai keadaan aku tu. 

Balik cuti Raya Cina, aku jumpa doktor dan tanya nak pakai apa untuk pencuci. Dia suggestkan yang ni 




Jerawat lagi cepat membaik pakai pencuci yang ni. Tapi tula, viral pulak pencuci ni ada bahan larangan. Haih la nasib badan. Tanya doktor pun dia tak pasti betoi atau dak tapi kalau was-was jangan pakai. Dia suggest pakai yang ni pulak 





So raya dah boleh shantik2 la hahaha 


Time raya, rasa lega gila

Apa yang boleh aku bagitau kat sini , sapa-sapa area Alor Setar yang ada jerawat teruk tu boleh pi kat Klinik Dr Wan Kamal . Harga dalam RM70 camtu je.