Wednesday 10 October 2018

Jerawat

Aku tau semua orang takkan pernah suka akan pemilik nama "jerawat" ni kan. Dalam keadaan macam ni kadang kita boleh over stress tau. So, apa yang penting masa ada jerawat ni just relax okay ? Sebab bila kita over stress , effect dia makin teruk la. Aku pun antara manusia yang dulunya sangat berjerawat teruk dan aku faham sangat apa yang orang rasa. Aku start jerawat teruk dari tingkatan 2, masa tu aku pun macam tak peduli sangat pasai muka ni. But, ada la beberapa mamat kelas lain macam pandang-pandang. So, aku dah start macam pelik la. Nak dijadikan cerita depa ni buat orang yang berjerawat ni seolah jijik tau tak. So, hal-hal macam ni lah yang kadangnya makin bagi orang tu stress. Stress dengan diri, keadaan sekeliling. Pernah tau tak satu hari tu, ada la sorang budak kelas aku gak, dia cakap jerawat kat muka ni macam karang apa tah yang melekat kat batu-batu tu. Weh, sedih weh orang hina camtu sebab dia buat muka sekali cam geli-geli camtu depan aku. Shit betoi. Nasib la aku ni jenis masuk keluar je orang kata apa.

Start tu, aku dah mula google tau tak ubat apa yang bagus untuk jerawat ni. Ni ubat jerawat yang pakai kat muka.


Dalacin T ni aku google search je tau dari blog-blog yang ada sebenarnya. Aku tak ingat nama pemilik blog tu tapi lelaki. Lepas je tau, terus suruh mak carikan yela kita masa tu kurang berduit heheh. So mak belikan sekali dengan pencuci muka sebab masa tu memang aku tak pakai pencuci muka pun hahaha. Jadi mak pun belikan dengan pencuci muka T3 yang bawah ni


Yang penutup pink ni untuk hilangkan jerawat + putihkan muka tau. Yang biru tu pulak untuk hilangkan jerawat saja. So tu saja beza dia.

Alhamdullillah, start guna tu its getting better la jerawat aku tu sebenarnya. Aku pun tak perasaan sampaikan ada kawan lelaki kelas aku jugak yang tegur muka aku dah lain sikit. Dia cakap macam dah kurang jerawat dan tanya aku pakai apa since muka dia macam mula breakout. Jenis aku masa tu pakai apa pun aku diam je sebab tak berani nak suggest apa-apa kat orang. 

Oh ya, sebelum aku terlupa. Sebelum aku jadi breakout camtu aku guna set oxy tau. Maybe, skin aku tak serasi dengan produk tu. Thats why jadi breakout. Skin aku jenis oily dan super sensitive. Bila guna oxy, bahan dia kuat sikit tau especially toner dia. Toner tu cepat keringkan kulit buat muka jadi gatal-gatal. Start tu aku stop lama gak la dari sebarang produk pun. 



Then muka aku okay je masa tingkatan 3, start tingkatan 4 aku cuba pakai Safi Balqis Biru sebab konon nak putihkan kulit yang sunburn. Sunburn pun sebab banyak aktiviti petang kat sekolah macam kawad , aktiviti sukan , bola jaring dan macam-macam. So kulit jadi cepat hitam macam pungkuq kuali. Tengok kawan-kawan muka cerah, so terjebak gak la try. 




Mula-mula pakai okay, muka nampak cerah dan kulit pun makin behave sikit tekstur dia. Aku pakai set dia ( skrub , toner , serum, krim siang dan malam )

 Masuk tingkatan 5, kulit dah mula hitam gila. Nasib la masa tu ex tak kata apa. Hehe.

Start minggu percubaan spm, muka dah mula teruk naik jerawat sebab tidoq tak tentu masa dah dengan terkejar aktiviti sekolah lagi + tuisyen sampai petang. Kiranya masa kat sekolah lagi banyak sampai ke malam la aku rasa. Malam nak kena hadap buku lagi. Alahai teruk gila jadi muka ni. Tapi buat tak peduli ja sampai la lepas spm. Actually, aku ada makan ubat resdong jenama orang kampung tak salah aku tapi jenis biji hitam macam taik kambing tu. Kawal gak la resdong. Sampaikan ubat tu habis, aku silap beli jenis sachet serbuk tu. makan tak sampai seminggu nah muka aku hancur weh. Pakej la pi jalan kena ayaq laut PD tu. Lepas pi PD , aku singgah kampung jenguk opah aku.


 kiri 


kanan


Masa ni nak sarapan, opah aku teguq muka aku. Menangis tak sempat makan nasik lemak Cik Sitam tau dak. Meraung aku. Mak aku panggil makan gak pujuk ajak buat treatment lepas tu. Makan la aku dengan hati bunga-bunga.

Opah ada suggest doktor kat area Selangor memandangkan kampung aku kat sana dan aku pun memang kat kampung masa tu. Opah cakap la makcik aku dulu jadi macam aku gak, lepas treatment muka makin membaik. So doktor tu kiranya the best la tapi jauh sikit area Kajang kot tak salah aku. tak ingat dah la. Opah cakap pergi check esok pagi sebab pagi-pagi orang tak ramai dan takyah beratur panjang. Mak fikir-fikir mak iyakan je.

Esok tu mak aku bagitau , cari doktor area Kedah je sebab bukannya nak duduk sana terus dan kalau nak treatment kan senang sikit. Takkan nak ambik ubat jauh sangat. Aku pun redha je.

Masa kat Kedah, mak la orang yang bawak aku ke hulu ke hilir cari klinik muka kat area Kedah ni ha. Sampai ke Jitra la kami cari. Tanya makcik-makcik semua. Lastly, tanya abang aku dan dia cakap area Alor Setar ada je. Dia suggest dua klinik. Dr. Venkat & Dr Wan Kamal. Banyak google komen cakap dua-dua ni bagus tapi yang murah sikit Dr Wan Kamal la. Pecut dari Jitra ke Dr Wan Kamal Alor Setar ha. Masa tu dah petang sangat. Nasib la Dr Wan Kamal ni bukak sampai malam. So balik jap apa semua lepas tu pi balik klinik. Check muka, dia cakap faktor hormon dan jerawat aku ni akan aktif sampai umur 25 tahun camtu. Cantiikk sangat. Lama gakla dalam 8 tahun lagi.

Masa ni dia bagi ubat sapu pagi, sapu malam dan ubat makan.




Macam ni la warna ubat makan tu. Ubat sapu malam tu macam calamine lotion sikit. 
Masa ni aku cuci muka guna air paip je. Takdak pakai pencuci muka apa-apa. 


Ditakdirkan masuk PLKN, menangis gakla muka tak boleh kena panas sebab pakai krim pagi tu. Agak pedih macam terbakar nasib la Jurulatih sana faham dan aku pun ada sertakan surat doktor pasai keadaan aku tu. 

Balik cuti Raya Cina, aku jumpa doktor dan tanya nak pakai apa untuk pencuci. Dia suggestkan yang ni 




Jerawat lagi cepat membaik pakai pencuci yang ni. Tapi tula, viral pulak pencuci ni ada bahan larangan. Haih la nasib badan. Tanya doktor pun dia tak pasti betoi atau dak tapi kalau was-was jangan pakai. Dia suggest pakai yang ni pulak 





So raya dah boleh shantik2 la hahaha 


Time raya, rasa lega gila

Apa yang boleh aku bagitau kat sini , sapa-sapa area Alor Setar yang ada jerawat teruk tu boleh pi kat Klinik Dr Wan Kamal . Harga dalam RM70 camtu je. 




1 comment:

Unknown said...

Hi boleh tahu harga untuk klinik venkat?