Sunday 11 February 2018

Guardian & Watsons

Lately ni banyak sangat aku tengok orang post pasal sale about Guardian & Watsons. Ya, about 10% to 50% jugak la aku tengok sale yang dibuat tu. So, banyak aku tengok ramai kaum sejenis aku serbu dua Drugstore tu. Hahaha. Termasuk kawan baik aku sendiri.

Aku sebagai kawan baik pun menuruti saja la permintaan dia ke sini ke sana cari apa benda tah yang dia cari tu. Masuk Guardian pun boleh bertapa hebat gak la kan. Sambil cari barang terus park punggung atas lantai calit foundation lipstick bagai kat tangan. Tapi, yang dicari tak jumpa jugak. Alahai.

Nak dijadikan cerita terjumpa "kakak Ex". Nasib jugak la dia tak perasan aku kat situ. Terus ajak Shikin blah. Bukan takmau jumpa but its better to keep away dari semua tu. Kita taktau kan apa yang dia tau dan tak. Maybe dia perasan tapi act like tak nampak. So, better keep a distance.

Second tempat ialah Guardian Giant. Permulaan yang tak baik. Ada tempat laluan jalan kaki pergi jalan ikut tempat lain. Dekat escalator masa pegang dekat tempat pemegang tepi tu tah kena renjatan eletrik apa tah kat tangan aku. Ya allah, nasib tak jatuh tergolek. Kak yang ada depan aku tu relaks je takde apa-apa kena. Aku pulak yang sakit semacam. Seems weird jugak la kat situ. Okay, dah masuk Guardian. Seperti biasa duduk terus takmau ganjak. HAHAHAHA. Cari dan cari dan cari terus aku bosan. Maybe aku bukan jenis perempuan tulen ke? Taktau la kenapa tetiba harini rasa bosan gila tengok barang make up. Tengok je gelagat orang sekeliling dengan sibuknya memilih tanpa henti. Tetiba terpandang makcik-makcik ni. Hmmm, aku tengok makcik-makcik ni pun agak excited berbanding aku yang masih muda ni memilih alat make up. So, di situ aku mula pelik dengan diri aku sendiri. Never mind, nanti-nanti okay balik la diri aku ni. Hahahaha.

After that, perut terasa lapar gila. Mana taknya, baru makan cucur ja. Hmmm. Lapar kot. Pi la makan Nasi Lemak Kukus Tok Janggut. Tapi dalam hati nak makan Nasi Ayam Hainan. Rindu gila sup kaki ayam. Tapi its okay, kena cuba rasa benda baru. Nasi Lemak Kukus Tok Janggut ni ada lauk seperti ikan bilis, kacang, telur, ayam goreng berempah, sotong dan udang. Tapi , dia ada special menu tau. Apa benda Combo tah Shikin sebut. Menu ni ada kesemua lauk ni dengan harga hanya dalam lingkungan RM10 kot tak salah aku. Tapi, nak pilih menu sendiri pun boleh tau. Aku pilih untuk try nasi lemak dengan ikan bilis, kacang, telur dan ayam tapi kuah mesti lebih like usually aku la. Rasa dia best gak tapi kurang pedas. Kalau lagi pedas lagi emuuahhh marvellous la. Harga affordable bagi aku. Rating baik sebab tempat makan dia dekat dengan bendang. Angin sepoi-sepoi macam tu. Sumpah best. Menggamit kenangan ke? huhu.

Lastly, pi Watsons kat Jalan Pegawai pulak dan seperti biasa. Park dulu. Hihi. Sembang dengan kak Watsons macam kenal lama ja. Dengan customer yang mai pun sama. Sembang serupa kenal satu kampung pulak. Yang Shikin ni pulak sibuk memilih minyak rambut untuk encik kesayangan. Aku pulak yang kena bagi komen yang mana wangi dan terbaik. Hmmm. Sempat la ingat kenangan. Sambil bau, sambil cakap wehh, ni bau macam 's' tak best huwaaaa. Okay yang ni pulak macam 'a'. Shikin! kenapa hang kejam dengan aku haaa bagi aku ingat semua ni. huhuhuhu "sedih". Dia pun be like hahahaha padan muka. Jebon gila la hang ni. Bongek la. Arghh, aku takmau kawan dengan hang. Tapi takdak la sedih pun.

Alhamdullillah, harini goes well la. Balik sempat tengok AJL32 lagi. Dah habis baru la sempat menaip untuk blog kesayangan ni. Hehehe.

Saturday 10 February 2018

Learn To Live

Alhamdullillah, dah lama sangat tak berblog ni. Maybe bertahun. Hahaha. Sekarang ni baru ada masa untuk berblog balik. Yeayyy ! Terlebih excited begitu.

Sekarang ni aku banyak spend my time dengan keluarga dan kawan-kawan. Yes, kawan-kawan. I've got myself back. Lately ni aku banyak sangat fikir yang bukan-bukan and make myself dissapointed of everything. Aku tak boleh jadi macam ni sebab semua benda ni boleh bagi aku down. That's why Shikin selalu spend her time with me. She know how I feel. Feel losing of everything. Everything that always make me happy by the past. But its okay because i've found myself back. Ya, dengan semangat yang baru. Aku patut teruskan hidup walau terkadang terlalu banyak liku-liku kehidupan yang Allah dah tetapkan untuk aku. Never mind, benda dah lepas. Aku kena lepas.

Sibukkan diri dengan impian yang aku nak capai. Ujian MUET pun dah hampir. Tak lama dah, sebulan saja lagi. Tetiba terasa getar tu sikit sebab ambik ujian ni sorang-sorang. Huargh, macam nak meraung je bila fikir masa sem 5 haritu takmau ambik. Seriously, menyesal gila. But, never mind. Allah kan dah tetapkan semua jalan hidup hambanya tak sama kan. Berbeza masalah dan jalan hidup. Just lalui semua ni dengan senyuman.

Senyuman? Yes, senyuman mampu merawat segala-galanya.