Saturday 13 October 2018

Pulau Pangkor 1

Ada yang minat nak pergi Pulau Pangkor? Mesti ada kan..

Actually pergi Pulau Pangkor ni takdela mahal sangat pun tambah lagi kalau hampa memang dah asal orang Perak lagi lagi jimat tau. Anyway bulan Ogos haritu aku ada pergi sana vacation dengan kawan-kawan. 

Boleh la kalau setakat nak senaraikan harga mana tau hampa boleh plan bajet untuk pi sana kan. Ok , kalau macam aku yang dari Alor Setar ni aku pi naik KTM. So , harga KTM ni dalam RM31++ camtu ja sebab tak ingat la berapa sen belakang tu hahaha. Anyway, aku drop by Taiping sebab nakpi sekali kawan-kawan. 



Hari Pertama

KTM RM32 (aku cukupkan ja) yang ni aku book online tau. harga on the spot taktau. First time naik sorang rasa takut tu banyak gila wehh. Bukan apa takut salah turun ka. Salah naik ka apa tak naya aku. Dekat nak sampai masa nak keluar dari koc tu nampak mamat hensem alahai hmm gatai-gatai. Dah dia tengok aku, aku tengok jala balik. Ingat gakla, mamat ni muka dia macam campur sikit pastu pakai baju putih ja semua. Hantu ka ? hahaha, dakla. Dia orang la. Hantu mana main telefon. 

Sementara tunggu nisa, aku beli air susu kotak beda tahan perut. So , sampai sana ja tokwan aku punya kawan mai pickup bawak pi stesen bas Taiping. Bas nakpi tu dalam pukui 12 tengahari so dan la nak makan apa tapi aku tak rasa lapaq weh. Ada pulak makcik yang meniaga tu mai tegoq muka dia sama macam artis tula. Aku pun dah naik pelik muka sapa pulak dah. Aku , Aina dengan Nisa dah tersengih. Dia kata yang jadi hero filem Pulang tu. Oh , Puteri Aishah ka. Sama kat celah mana? Hahaha, maybe bentuk muka aku sama kot. Lepas tu nak dekat pukui 12 dah. Kami pi tunggu nak naik bas.Bas tu harga dia dalam RM10 ja untuk pi Lumut. Naik bas ni rasa lama macam nakpi KL ja sebab dok berhenti ambik orang sana sini. Berhenti check tayar la. Haih la, awai tu tak check. 

Sampai Lumut, kami ambik tiket pi balik RM14 sorang. Kalau pi saja tak salah aku RM10 so dh jimat banyak bila ambik tiket pi balik. Dalam RM6 jugak jimat. Tapi naik feri ni ada masa jalan. Aku tak ingat pulak naik pukui berapa tapi dalam pukul 2 lebih camtu sebab kami pun sampai dalam pukui 2 so boleh lepak Lumut dulu makan-makan minum apa semua. Haa, lagi satu, kami tak ambik pakej sana tau sebab kami dok pun dalam 3 hari so macam tak baloi sangat nak ambik pakej tu plus kami pun dalam 3 orang ja. Ada kakak kat situ suggest kat kami pakej dia bagi moto scooter dua. Sorang RM90-RM100 lebih camtu. Dia kira sekali dengan aktiviti macam Snorkelling pastu pi pulau-pulau. Kami tak ambik sebab kami pun macam pikiaq balik la dia cakap ada masa kiranya fixed. Kami tak suka bila masa fixed sangat ni rasa macam kena atoq. 

Bila kat pulau sana, kami pi check in dulu la dah letih sangat wehh naik bas terhentak terhuyung hayang macam nak terbang masa nak mai + feri pun pening gak. Masa nakpi sana kami ambik van pink yang ala girls-girls gitu hahaha dak aih memang van sana semua kaler tu la. Tambang naik van ni RM16 ja. Naik ramai taktau la harga berapa. Van ni pun pakcik India ni bawak sampai aku terjerit weh. Tergelak-gelak ja semua. Check in kat satu tempat yang rumah tiga segi tu. Yang ni kawan aku yang book sebab tempat ni famous ada pun dalam 8 bilik ja aku rasa. Kami book 2 bulan sebelum. Aku boleh cakap tak best sebab peraturan dia ketat sangat. Bosan kot mai nak enjoy apa tapi peraturan macam dok asrama ingat budak sekolah ka apa. Sampai kat tempat dia , dia panggil nak bagitau la kononnya tapi benda tu macam satu arahan hang tau dak. Dia panggil dok macam nak mesyuarat tu habaq tu habaq ni. Hmmm, meluat weh. Mandi kolam pukui sekian, masak sampai pukui sekian, breakfast sekian tu aku boleh terima la kan. Banyak lagi la. Kami pun langgar ja mandi sampai pukui berapa sekali mat salleh join mandi sekali hmmm vongok laa. Hahaha

Lepas kami dah check in tu dan la rehat apa mandi apa kami keluar balik. Kami pi isi perut dulu sebab lapaq gakla. Kat sini jangan cari kedai makan murah memang standard ja harga dia. Sepinggan nasik goreng paling murah dalam RM6 campur pi mai sekali ayaq minum dalam RM10 sekali makan yaa. Aku yang dari pagi tak masuk satu makanan apa pun telan jala. Dan telan susu kotak ja masa otw mai. Pastu pi tengok pantai. Wah, excited serupa dok hutan lagi hahaha. Ada la nampak orang dok buat aktiviti mandi pantai apa. Bergambar la sat buat kenangan. Jalan-jalan ada sorang abang tu mai sapa tanya nakpi snorkelling ka esok, kami kata nak la. Dia bagi harga RM20 sorang. Kami kata nak pikiaq dulu dan la ambik no beda nakpi call ja dia. Murah jugak dia bagi tau. 

Sebelum maghrib, kami balik jala sebab malam macam takdak keja nak buat pulak dok pantai buat apa. Balik tu beli ayaq botoi besaq dalam RM3 kot tak ingat la. Ada la tengok paket minum macam nestum kat kedai tu dia juai RM3 sepeket bancuh ja. Aina nak beli biskut aku cakap takyah la aku bawak beda makan dah. Biskut pun mahai. Nasib la aku bawak biskut, nips apa. Boleh telan beda lapaq apa. 

Lepas maghrib, kami dan sewa baju beda nak mandi kolam. RM10 gakla untuk baju tu. Mandi sampai lewat gak pastu baru reti nak balik. Mat salleh pun join langgar peraturan hehehe. Dah balik mandi isyak apa, sembang-sembang pastu depa dua dah terlelap aku ja dok baca tweet tak boleh tidoq excited lebih haih. 



No comments: